Rabu, 25 Januari 2012

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA MAKHLUK DI SEKELILING KITA


Tahukah kamu hidupan-hidupan yang kamu lihat setiap hari mempunyai sifat-sifat istimewa?
Setelah mejadikan bumi, Allah telah mejadikan banyak hidupan di dalamnya. Terdapat hidupan selain daripada manusia di planet ini. Iaitu haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Oleh itu, kami akan cuba menerangkan keajaiban sebahagian daripada haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini. Sebahagian daripadanya adalah haiwan-haiwan yang kamu lihat setiap hari ketika keluar bersiar-siar, bermain di halaman atau ketika duduk di atas batu. Mungkin kamu tidak pernah memikirkan tentang keunikan sifat-sifat haiwan ini.
Apabila Allah mejadikan manusia, Dia menganugerahkan mereka beberapa sifat yang menyebabkan mereka sentiasa mengingati-Nya. Sebagai contoh, kamu dapat melihat gambar seorang manusia dan seekor nyamuk di dalam halaman ini. Nyamuk beratus-ratus kali ganda lebih kecil daripada manusia. Tetapi, manusia tidak dapat melindungi dirinya daripada nyamuk ketika tidur di atas katil. Apapun yang dilakukannya, dia tidak akan dapat menghalang nyamuk daripada menggigitnya. Allah telah mengugerahkan nyamuk banyak sifat-sifat istimewa, walaupun ia jauh lebih kecil daripada manusia. Tujuannya adalah supaya manusia memikirkannya. Dia mahu mereka mengetahui bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa, walaupun untuk melawan seekor nyamuk, tanpa kehendak-Nya. Dengan cara ini, manusia akan menyedari mereka tidak mempunyai sebarang upaya di hadapan Allah.
Sekarang, fikirkan tentang diri kamu. Kamu ke bilik tidur dan mendengar bunyi dengungan berpanjangan. Ia adalah bunyi dengungan seekor nyamuk. Seperti yang kamu lihat di dalam gambar ini, nyamuk sangat kecil tetapi bunyinya amat kuat. Ini kerana bakat istimewa yang Allah berikan kepadanya. Bagaimanapun, tahukah kamu mengapa nyamuk terus menerus berusaha untuk menggigit kamu? Mari kami jelaskan kepada kamu pengembaraan hebat seekor nyamuk.

Pengembaraan Hebat Seekor Nyamuk
Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas.
Pernahkah kamu mendapat peluang untuk melihat nyamuk secara dekat? Jika tidak, lihatlah gambar pada halaman ini dan kita dapat mengkajinya bersama. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga.
Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya.
Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.

Pengembaraan Bermula ...
Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini?
#Ia membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya?
Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya.
Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula. Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini, seperti yang dapat kamu saksikan di dalam halaman berikutnya, kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas. Tahukah kamu bagaimana bentuk organ ini? Ia kelihatan seperti alat menyelam yang digunakan oleh kanak-kanak . Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air.
Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar. Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, “Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini, supaya air tidak dapat masuk ke dalam”? Apakah mungkin nyamuk-nyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk.
Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain.
Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan.
Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk . Ia masih tidak kelihatan seperti seekor rama-rama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.


Nyamuk Pertama Kali Keluar!
Kokun akan mula pecah pada bahagian kepala. Bagaimanapun, nyamuk ini berhadapan dengan bahaya besar. Bagaimana jika kokun ini dipenuhi air? Dalam keadaan ini nyamuk tersebut akan tenggelam. Bagaimanapun, bahagian kepala kokun ini mempunyai bahan melekit khas yang menghalang kepala nyamuk ini daripada terkena air.
Inilah saat paling penting, kerana nyamuk ini perlu berdiri di atas air dengan hujung kakinya, dan sayapnya tidak boleh basah. Angin yang perlahan sahaja sudah cukup untuk menyebabkan ia jatuh ke dalam air dan mati. Nyamuk ini melakukannya dengan kemahiran hebat, kerana Allah menjadikannya dengan kepakaran ini.

Bagaimana Nyamuk Dapat Melihat Kamu Pada Waktu Malam Dan   
Menyengat Kamu?
Pernahkah kamu terfikir? Di dalam malam yang gelap dan kamu sedang terbaring di atas katil. Kamu dibaluti selimut. Hanya sebahagian kecil tangan kamu terdedah. Kemudian nyamuk datang di dalam kegelapan malam; ia melihat dan menggigit bahagian kamu yang terdedah itu. Jadi, ketika kamu tidak dapat melihat apa-apa di dalam gelap, bagaimana nyamuk dapat melihat?
Nyamuk dapat melihat hidupan di sekeliling mereka dengan haba dikeluarkan, yang merupakan cahaya tidak kelihatan pada kita. Memandangkan ia tidak kelihatan di dalam cahaya, mereka dapat mencari urat-urat kita walaupun di dalam kegelapan malam.
Ini adalah kebolehan unik. Dengan merujuknya, para pakar sains telah mencipta sebuah kamera yang dapat menangkap imej dalam bentuk haba. Walaupun di dalam gelap, kamera ini membentuk imej sekeliling seperti hari siang. Dapatkah kamu bayangkan? Manusia meniru nyamuk yang kecil! Mungkinkah seekor nyamuk tahu lebih daripada seorang manusia, dapatkah ia mengetahui lebih daripada seorang pakar sains? Sudah tentu tidak! Allah telah menganugerahkan nyamuk kebolehan luar biasa ini. Manusia mengedari kelebihan ini dan cuba menirunya. Mereka mencipta kapal terbang dengan meniru burung. Manusia telah meniru banyak benda yang mereka saksikan di alam semula jadi. Sekarang mari kita teruskan pengembaraan nyamuk ini.

Nyamuk Ketika Bekerja!
Teknik yang digunakan nyamuk untuk menghisap darah adalah sangat teliti sehinggakan mengejutkan manusia.
Pertama, nyamuk hinggap di atas sasarannya. Contohnya, tangan kamu... Kemudian, dengan menggunakan pembuluh berbentuk jarum, ia memilih satu tempat yang sesuai. Jarum nyamuk ini kelihatan seperti picagari dan ia dilindungi dengan sarung khas. Ketika proses penyedutan darah, jarum ini dikeluarkan daripada sarung ini. Ramai menyangka nyamuk mencucuk kulit dengan memasukkannya jarumnya, sebaliknya nyamuk menggunakan cara yang berbeza untuk melakukannya. Ia menggerakkan gergajinya ke depan dan ke belakang, seperti sebuah gergaji, dan dengan bantuan gergaji bawah, ia memotong kulit. Ia memasukkan jarumnya ke dalam bukaan ini dan apabila jarum ini telah sampai ke urat darah, ia mula menyedut darah.


Doktor Nyamuk!
Kamu mungkin bertanya, “Bolehkah nyamuk menjadi doktor?” Selepas membaca halaman ini kamu akan berkata, “Mereka memang doktor!”.
Apabila kamu terluka, darah kamu akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari kamu atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya.
Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya. Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya.
Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, kamu tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesia yang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya kamu tidak merasa sakit, dan memang kamu tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap.
Selepas nyamuk menggigit kamu, kamu akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini.
Kamu mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Kamu hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.
Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan kamu apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam... Ia tidak dapat menciptanya, bukan?
Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi. Sebagai contoh, sekiranya seekor nyamuk dapat meneruskan hidupnya, itu adalah kerana Allah telah melindunginya. Allah tidak pernah meninggalkan sesuatu pun, dan tidak pernah lupa. Kerana itulah semua yang diperlukan oleh seekor nyamuk adalah sempurna. Tiada satu pun yang kurang.

fikir-fikirkan....